Isteri Pemangku Raja Johor mahu kes baby Syifaa disiasat semula.
Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam yang merupakan isteri kepada Pemangku Raja Johor, melalui hantaran media sosialnya ‘instagram’ mempersoalkan punca kematian seorang bayi perempuan akibat terjerut di tali buaian.
Dalam perkongsian tersebut memberitahu tentang tidak puas hati dan seperti tidak masuk akal di atas kematian tersebut.
“Bagi saya tidak masuk akal Baby Syifaa terjerut buai dengan ada kesan luka di kakinya seperti dia diheret
Beliau juga menggesa kepada pihak yang bertanggungjawab, menyiasat semula kes kematian bayi perempuan, Nour Rania Asyifaa Yuseri 15 bulan.
Terdahulu, Baby Syifa dilaporkan meninggal dunia pada jam 4.30 petang pada 22 Februari lalu selepas dijumpai oleh pengasuh dalam keadaan tidak sedarkan diri akibat kesan dari jerutan buaian.