Nasional

Sambut baik bantuan BKM

ORANG ramai melahirkan rasa lega pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob mengenai bantuan tunai langsung kepada golongan miskin selepas menghapuskan subsidi untuk beberapa barangan keperluan termasuk ayam, telur dan minyak masak botol.

Mereka menyifatkan pemberian RM100 kepada isi rumah dan RM50 untuk golongan bujang yang akan disalurkan melalui Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dapat meringankan beban yang ditanggung.

Seorang pekerja swasta, Rosnani Asmuni, 45, berkata, bantuan yang diumumkan oleh kerajaan itu sedikit sebanyak meringankan beban di sebalik kenaikan beberapa barangan keperluan tidak lama lagi.

“Di sebalik BKM saya juga harap kerajaan dapat juga tangani kenaikan harga barangan keperluan dan saya yakin kerajaan mampu menanganinya,” ujarnya di sini hari ini.

Bagi Muhamad Naim Jalauddin, 33, dari Taman Paruna, Sungai Udang menyifatkan bantuan BKM yang diumumkan Perdana Menteri sedikit sebanyak dapat meringankan bebannya yang terkesan sejak kenaikan beberapa barangan keperluan sebelum ini.


“Saya amat yakin kerajaan ada perancangan tersendiri bagi mengatasi kenaikan harga barangan bermula 1 Julai nanti,” ujarnya.

Bagi seorang pekerja swasta, Suhaila Ahmad Azmi, 46, dari Kampung Sungai Udang melahirkan rasa gembira dengan bantuan BKM diumumkan oleh Perdana Menteri, semalam.

“Banyak bantuan kewangan telah diterima dan tambahan BKM dalam bayaran Fasa 2 nanti dapatlah meringankan beban.

“Walaupun kita mendapat bantuan tunai BKM, saya harap kerajaan dapat tangani kenaikan harga barangan keperluan dengan secepat mungkin,” ujarnya.

Kerajaan akan menyalurkan peruntukan tambahan RM630 juta yang akan dimanfaatkan 8.6 juta kumpulan sasaran.

Sebelum ini kerajaan telah membelanjakan berbilion ringgit sebagai subsidi yang mana sebahagian besar disalahgunakan oleh pihak tertentu terutama minyak masak botol. – SM Melaka

Artikel berkaitan:

BKM: Durian runtuh untuk 8.6 juta penerima Isnin depan

Subsidi minyak masak paket diteruskan untuk B40

(Visited 60 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button