Nasional

Raja dilaporkan stabil selepas jalani rawatan sendi buku lali dan lutut

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berjaya menyelesaikan prosedur intervensi sendi buku lali dan lutut, dan keadaannya kini stabil.

Pegawai Pengawal Diraja Istana Negara Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan hari ini berkata prosedur itu dijalankan pada Isnin.

“Berikutan prosedur intervensi, Seri Paduka seterusnya dinasihatkan supaya menjalani pemantauan dan penyeliaan rapi oleh pakar,” katanya.

Fadil berkata Baginda dijadual pulang ke Istana Negara hujung minggu ini.

Beliau berkata Al-Sultan Abdullah turut merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesejahteraan baginda.

Baginda dilaporkan telah menjalani pemeriksaan di sebuah hospital pada Isnin selepas mengadu sakit kaki.

 

(Visited 120 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button