Luar Negara

Isteri fail cerai, lelaki Australia terperangkap 8,000 tahun di Israel

SEORANG lelaki warganegara Australia didakwa terperangkap di Israel sejak 2013 dan tidak dibenarkan meninggalkan negara itu selama hampir 8,000 tahun selepas isteri yang merupakan warganegara Israel memfailkan cerai.

Secara rasminya, Noam Huppert, 44 dilarang meninggalkan negara itu sehingga 31 Disember 9999 atau membayar lebih daripada USD 3 juta (RM12,549,000) nafkah anak untuk masa hadapan.

Huppert berkata, dia merupakan salah seorang daripada beribu lelaki asing yang menjadi mangsa undang-undang perceraian yang digelar “kejam dan keterlaluan” oleh aktivis hak asasi manusia.

Menurut Huppert, dia berpindah ke Israel pada 2012 untuk lebih dekat dengan dua anaknya yang masih kecil.

Tidak lama kemudian, bekas isterinya memfailkan kes di mahkamah Israel, yang mengeluarkan ‘perintah tinggal keluar’ terhadapnya kerana “hutang masa depannya” sebanyak 5000 syikal Israel sebulan, sehingga kedua-dua anak berusia 18 tahun.

“Jumlah pada tahun 2013 adalah kira-kira USD 3.34 juta (RM13,971,220).

“Saya dilarang meninggalkan negara ini walaupun untuk bercuti atau bekerja sehingga saya membayar keseluruhan jumlah tersebut,” katanya.

Kini, Huppert ingin meningkatkan kesedaran tentang undang-undang Perceraian Israel yang kurang diketahui oleh orang ramai serta ingin membantu warga Australia lain yang mungkin mengalami pengalaman yang mengancam nyawa. -SM

(Visited 661 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button