Ekonomi

Proton X70 dan wang tunai hadiah utama peraduan Spritzer

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Pengeluar air mineral, Spritzer menawarkan sebuah Proton X70 sebagai hadiah utama bagi peraduan minum Spritzer, Menang dan Huat yang bermula 1 Disember lalu sehingga 15 Februari tahun depan.

Peraduan yang diadakan sempena sambutan Tahun Baru Cina iaitu Tahun Harimau menjadikan sejumlah 11 minggu yang padat dengan hadiah wang tunai menarik untuk dimenangi.

Spritzer dalam kenyataanya berkata, selain Proton X70 sebagai hadiah utama, lapan hadiah pemenang pertama mingguan wang tunai bernilai RM888, dan 38 hadiah pemenang saguhati mingguan wang tunai bernilai RM128.

“Orang ramai boleh menyertai peraduan ini dengan membeli produk-produk Spritzer iaitu Air Mineral Semulajadi Spritzer, Air Minuman Suling Spritzer, Air Minuman RO Spritzer, Siri Spritzer Dispenser (Dispenser Berdiri Panas dan Sejuk / Mini Dispenser Panas dan Suam / Duotone Dispenser Mini / Pam Air Dispenser), Air Mineral Semulajadi ACILIS by Spritzer, Minuman Berperisa Spritzer Tinge, Minuman Berperisa Berkarbonat Spritzer So Tinge!, dan Air Mineral Berkarbonat Spritzer Sparkling,” kata Spritzer.

Cara untuk menyertai peraduan ini, kata Spritzer ialah dengan membeli mana-mana produk di atas berharga RM8 dan ke atas di mana-mana kedai atau platform e-dagang di dalam satu resit, tulis nama seperti di dalam kad pengenalan.


Orang ramai perlu menulis nombor kad pengenalan dan alamat emel pada salinan resit asal, kemudian hantarkan gambar tersebut menerusi WhatsApp 017-671 8310.

“Para peserta diminta untuk menyimpan resit bagi tujuan pengesahan kelak. Setiap peserta boleh mengambil bahagian lebih dari sekali, dengan syarat resit pembelian barangan Spritzer bernilai sekurang-kurangnya RM8 sahaja,” ujar Spritzer.

Untuk maklumat lanjut tentang butiran peraduan, sila mengunjungi laman web www.spritzer.com.my/contest.

(Visited 295 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button