Politik

Isham Jalil tidak akan hadir Mesyuarat MKT…

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Isham Jalil menjawab secara terbuka cabaran Presiden parti itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang memintanya hadir pada Mesyuarat Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam ini.

Isham dalam kenyataannya berkata, “baru tadi Presiden UMNO mengarahkan saya untuk datang mesyuarat malam ini.

“Dia buat kenyataan akhbar secara terbuka. Saya sudah kata, sebelum ini yang saya kekal dengan pendirian saya untuk protes.

“Dan selagi dia membuat keputusan untuk pergi pilihanraya dengan DAP, saya akan protes dan tidak akan hadir mesyuarat yang dia pengerusikan dan dia veto keputusannya.”

Kata Isham lagi,  “ini penggal kedua saya dalam Majlis Tertinggi, saya sudah boleh baca apa yang dia akan buat dalam mesyuarat.

“Buat apa saya ikut kemahuan dia dan datang tadah muka di lubuknya. Kalau dia ikhlas, mungkin Presiden boleh tunaikan cabarannya untuk berdebat dengan saya sebelum ini, di gelanggang yang neutral. Kalau dia berani.

“Saya harap Datuk Seri Presiden sedar dan menerima hakikat dan tidak berada dalam sindrom penafian bahawa lebih ramai orang-orang Melayu kini menolak UMNO oleh kerana keputusan Presiden untuk pergi pilihanraya bersama DAP selepas PRU-15.

“Jika keadaan ini berterusan, UMNO akan hancur dalam beberapa tahun lagi oleh kerana keputusan ini. UMNO ini adalah parti keramat yang memperjuangkan orang-orang Melayu di Malaysia selama ini.

“Usahlah kerana kepentingan diri seluruh parti hancur lebur dibuatnya. Jika Datuk Seri letak jawatan, saya pun akan letak jawatan. Kita sama-sama berkorban asalkan parti keramat ini dapat diselamatkan selagi ada masa,” kata Isham. – SM

BACA Zahid Hamidi cabar Isham Jalil hadir MKT UMNO malam ini

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button