Politik

Isham Jalil masuk Bahagian Ku Nan, berkhidmat di Bahagian Putrajaya

KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil masuk Bahagian yang diterajui Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Nama Isham telah didaftarkan ke cawangan Bunga Matahari, Putrajaya seperti mana dimaklumkan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan beliau telah merestukan perpindahan itu.

“Sebelum PRU-14 saya tinggal di kuarters kerajaan selama beberapa tahun di Putrajaya. Kedua-dua anak saya pun bersekolah di Putrajaya.

“Kini anak saya yang kedua masih bersekolah di Presint 8 Putrajaya dan setiap pagi dan petang saya ke Putrajaya untuk menghantar dan mengambilnya dari rumah ke sekolah dan Kembali,” kata Isham dalam kenyataannya di Facebook.

Beliau mengakui memiliki sebidang tanah di Putrajaya yang dibeli semasa berkhidmat dalam kerajaan dahulu.

Katanya, beliau membuat keputusan untuk bertukar bahagian ke Putrajaya dan ingin berkhidmat sebagai ahli UMNO di tempat tinggalnya.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO cawangan Pekan Sungai Pelong, Bahagian Sungai Buloh, Selangor kerana telah berjuang bersama-sama saya selama banyak tahun kebelakangan ini.

“Banyak pengalaman pahit manis dan suka duka yang kita telah lalui bersama.

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada UMNO Selangor kerana telah memberi peluang kepada saya berkhidmat selama ini.

“Saya tidak akan lupakan segala kenangan dan jasa bersama tuan-tuan dan puan-puan dan akan terus membantu dan menyokong perjuangan UMNO di negeri Selangor dan di seluruh Malaysia,” kata Isham. – SM

(Visited 418 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button