Rencah Hidup

Emilia dakwa nafkah RM6,000 tidak cukup untuk tanggung tiga anak

BEKAS isteri Datuk S.M Faisal S.M Nasimuddin, Emilia Hanafi mendakwa nafkah berjumlah RM6,000 adalah tidak mencukupi bagi menanggung tiga orang anak.

Bukan sahaja tidak cukup, malah S.M Faisal juga telah dikatakan tidak menyediakan tempat tinggal sehingga Emilia dan tiga anaknya itu terpaksa hidup ‘menumpang’.

Dalam satu kenyataan, Emilia terpaksa bekerja sambilan sebagai penjual makanan dan melakukan kerja-kerja dekorasi rumah demi menambah pendapatan.

Namun menerusi laman Instagram, S.M Faisal membuat pendedahan bahawa beliau telah menghadiahkan ketiga-tiga anaknya dengan gadjet jenama Apple.

 

Perkara itu menjadi perbualan netizen kerana kisah keluarga S.M Faisal dan Emilia ibarat satu kisah yang tidak baik buat masyarakat hari ini.

Dalam perkahwinan lalu, S.M Faisal dan Emilia memiliki tiga orang anak yang masing-masing berusia 10, 12 serta 17 tahun. – SM

(Visited 618 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button