Politik

Isham Jalil calon P108 Shah Alam mula berkempen

CALON Parlimen P108 Shah Alam, Isham Jalil sudah memulakan kempen sebagai calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Isham yang merupakan ‘senjata senyap’ dalam UMNO dipilih oleh Barisan Nasional (BN) sebagai calon pada pilihan raya umum kali ini.

Walaupun kali pertama menjadi calon, graduan dari Universiti Harvard ini bukanlah seorang calon yang kosong atau dalam erti kata lain, calon yang kaleng-kaleng.

Pengalaman beliau menjadi orang kuat kepada bekas perdana menteri, Najib Razak selama lebih kurang 20 tahun adalah sebagai aset sekiranya beliau menang dalam PRU15, 19 November ini.

Isham sudah menyusun gerak atur beliau sebagai seorang calon untuk berkempen menyantuni penduduk di seluruh Shah Alam dan juga para pengundi di situ.

Maka itulah, kata Isham, “Bukan sahaja masalah ekonomi yang mencengkam mereka, masalah jalan berlopak, masalah air dan banyak lagi diadukan.

“Fokus saya ialah mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat Shah Alam ini, bukan nak cari siapa yang bersalah,” katanya.

Isham berkata, kempen beliau disifatkannya sebagai kempen positif.

“Saya nak beritahu rakyat apa kita nak buat, bukan kita nak kempen skandal atau menuduh orang lain,” ujarnya.

Isham menjawab soalan media mengenai semua empat calon termasuk beliau adalah muka baharu bagi kerusi P108 Shah Alam semalam, Hari Penamaan Calon PRU15.

Jawab Isham, “inilah peluang saya untuk memperjuangkan isu berkaitan orang muda.”

Kata beliau, selepas pandemik Covid-19, ramai anak muda tidak ada kerja dengan kadar golongan itu mencapai 14 peratus.

“Sebelum pandemik Covid-19,  sekitar 300,000 hingga 400,000 yang tidak ada kerja. Sekarang sudah mencecah lebih 700,000 orang. Sebabnya, banyak kedai tutup selepas diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya.

Isham berkata, untuk menyelesaikan masalah ini, kena bantu pihak PKS.

“Bantu pencari cari kerja supaya PKS dapat mengambil anak-anak muda ini bekerja dengan mereka,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button