Ekonomi

iPay88 bekerjasama dengan Atome bagi meluaskan penerimaan BNPL di seluruh Malaysia

iPay88, penyedia perkhidmatan pembayaran terkemuka Asia Tenggara hari ini mengumumkan usahasama  dengan platform beli dulu bayar kemudian terulung di Asia,Atome, bagi mengembangkan lagi penerimaan kemudahan beli sekarang bayar kemudian (BNPL) merentasi titik sentuh peniaga iPay88 di Malaysia.

Menurut Laporan Bayaran Dunia yang diterbit oleh firma perkhidmatan kewangan global Capgemini, APAC kini menerajui revolusi pembayaran digital global dan berada di landasan yang tepat dengan mewakili lebih separuh daripada transaksi bukan tunai global menjelang 2025.

Peningkatan penembusan internet mudah alih ditambah pula dengan pandemik baru-baru ini telah menggalakkan peralihan pendigitalan yang membawa kepada kebangkitan BNPL sebagai satu pilihan pembayaran.

BNPL dijangka bakal meningkat lebih dua kali ganda daripada bahagian pasarannya menjelang 2024, yang dipetik daripada Laporan Bayaran Global 2021 terbitan FIS-Worldpay.

Dilancarkan pada 2000 dan beribu pejabat di Malaysia, iPay88 kini merupakan penyedia perkhidmatan pembayaran serantau terkemuka di Asia Tenggara.


Merupakan sebahagian daripada perusahaan NTT Data, syarikat sistem bersepadu Jepun, iPay88 menawarkan
penyelesaian pembayaran e-dagang, atas talian dan runcit kepada lebih 35,000 peniaga di seluruh dunia.

Kini, syarikat juga telah mempunyai kehadiran di Indonesia, Filipina, Kemboja, Thailand dan Singapura di samping penglibatan dengan lebih 200 profesional di seluruh pejabat serantaunya.

Lim Kok Hing, Pengasas Bersama dan Pengarah Eksekutif iPay88, berkata: “Kami teruja  untuk bekerjasama dengan Atome bagi mengembangkan penerimaan beli sekarang bayar kemudian sebagai pilihan pembayaran yang fleksibel untuk peniaga kami di seluruh titik sentuh pembayaran mereka di Malaysia.

“Perkongsian ini membolehkan mereka menawarkan pengalaman pembayaran yang lebih pantas, cekap dan lancar untuk pembeli mereka samada dalam talian dan di kedai.

“Dengan penggunaan BNPL yang semakin meningkat di Malaysia, usahasama ini akan menyokong peniaga kami dengan membantu mereka memacu penukaran dan pertumbuhan perniagaan yang lebih baik melalui penerimaan pembayaran BNPL.

Ketua Pegawai Eksekutif Atome, David Chen berkata, dipacu oleh pandemik Covid-19, pengguna hari ini mengharapkan pengalaman pembayaran yang fleksibel, selamat dan telus.

“Perkongsian ini membolehkan lebih ramai peniaga di Malaysia menawarkan pilihan pembayaran BNPL Atome merentasi titik sentuh pembayaran mereka, memberikan pengguna lebih fleksibiliti dan pilihan dalam cara  mereka ingin membayar.

“Kerjasama ini juga dapat membantu menyokong dan memacu pemulihan dalam jualan runcit apabila Malaysia bangkit semula daripada pandemik Covid-19,” katanya.

(Visited 42 times, 1 visits today)

Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button