Uncategorized

Bekalan air di Wilayah Kuala Lumpur pulih sepenuhnya

PENGURUSAN Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan bahawa bekalan air di 13 kawasan yang terjejas di Wilayah Kuala Lumpur berikutan insiden paip pecah di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Kuala Lumpur pada 9 November 2021 telah pulih sepenuhnya pada pukul12 tengah hari, 10 November 2021.

Air Selangor mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pengguna di atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Para pengguna disarankan untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air menerusi semua medium komunikasi rasmi Air Selangor iaitu aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman web  www.airselangor.com.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 atau Help Centre di aplikasi Air Selangor.

(Visited 139 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button