Mahkamah

Inspektor wanita, Shiela mengaku tidak bersalah di Mahkamah dan mohon dibicarakan

Sheila Sharon Steven Kumar atau lebih dikenali dengan nama Inspektor Shiela yang tular di media sosial mengaku tidak bersalah ke atas tiga tuduhan mengugut dan mengaibkan kehormatan seorang anggota polis berpangkat lans koperal dan dua orang awam.

Sheila Sharon Steven Kumar yang pernah tular baru-baru ini

Pertuduhan itu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang pada hari ini.
“Saya tidak mengaku bersalah dan mohon dibicarakan. Saya faham pertuduhan,”katanya selepas tuduhan dibacakan oleh jurubahasa Mahkamah di hadapan Majistret Chai Guan Hock.

Menurut laporan Berita Harian, Sheila didakwa mengugut seorang wanita dengan niat untuk mendatangkan kegentaran kepada mangsa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

ia juga didakwa menghina kesopanan seorang lelaki dengan berkata; “You tengok badan you, gemuk, botak dan badak sumbu” mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Di hadapan Majistret Nor Hafizah Rajuni pula, Sheila mengaku tidak bersalah menyebut pangkat lans koperal dengan cara tidak wajar kepada Lans Koperal Abdul Arif Farhan Abdul Razak dengan maksud mengaibkan kehormatannya.

Semua kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah kedai makan di Jalan SG 1/1, Taman Sri Gombak di sini masing-masing pada jam 12 tengahari dan 1 petang pada 15 Jun lalu.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Nur Iman Wan Ahmad Afzal menawarkan jaminan RM8,000 kepada tertuduh, manakala Anis Farhah Ahmad Hilmi pula menawarkan jaminan sebanyak RM3,000.

Artikle Berkaitan :>

Hina lans koperal: Pegawai polis wanita dipanggil bantu siasatan

Ninja serang dua polis wanita dengan pedang katana

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button