Nasionalpilihan

Menteri Kesihatan kagum Program Transformasi DiRaja Kampung Warna-Warni

MENTERI Kesihatan Malaysia, Dr. Zaliha Mustafa berasa kagum dengan Program Transformasi DiRaja yang dijayakan di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis.

Inisiatif tersebut yang merupakan cetusan idea Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan puteri sulung Baginda, Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail bermula pada 2020 dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) Perlis bersama pelbagai agensi, organisasi serta individu telah berjaya mengubah gaya hidup masyarakat setempat dari sebuah kampung nelayan biasa kepada salah satu kampung contoh dan menjadi lokasi tumpuan baharu yang popular bagi para pelancong ke negeri ini.

Demikian dikongsikan Dr. Zaliha ketika mengiringi Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr. Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil selepas melawat kampung tersebut bersempena Karnival Kesihatan ‘Sihat Milik Semua’ Peringkat Negeri Perlis, baru-baru ini.

Sempena kunjungan tersebut Raja Puan Muda bersama-sama Menteri Kesihatan diiringi oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor meluangkan masa mengelilingi kampung berkenaan dengan menaiki motosikal beroda tiga yang unik iaitu ‘choley’.

Antara lokasi yang disinggah adalah Laman Bunga Kertas, Laman Laksa, Jambatan Tuanku Syed Putra, Anjung Persinggahan Diraja dan Laman Bunga Raya.

Menurut Dr. Zaliha, persekitaran kampung tersebut nampak bersih, menarik dan penuh warna warni serta penduduk kampung kreatif dalam menyerlahkan bakat, menggunakan bahan-bahan semulajadi dan bahan buangan sebagai hasil seni kitar semula menjadikannya lebih unik’.

Beliau juga berhasrat untuk datang kembali dalam masa terdekat ini bagi melaksanakan kaji selidik mengenai tahap kesihatan komuniti setempat. – SM

Artikel berkaitan > Pemangku Raja, Raja Puan Muda hadir Perayaan Duan Wu

(Visited 135 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button