Nasional

“Inilah Masalah Bila Waktu Audit Menipu, Sampai Anak Buah Burn Out Pun Nak Menipu Lagi!”

Harapkan pegar, pegar makan padi? Adakah ini peribahasa yang sesuai ditujukan kepada pengurusan Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang kerana sedaya upaya mengosongkan Jabatan Kecemasan?

Persoalan dibangkitkan kerana tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang tak kata lebih-lebih lagi apabila tular perbualan menerusi Whatsapp mengenai arahan khas HTAR sebelum kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Umum mengetahui bahawa baru-baru ini Perdana Menteri memang mengadakan lawatan ke Jabatan Forensik HTAR dan tidak dinafikan banyak wakil media biasanya akan turut serta dalam membuat liputan.

Namun ketika lawatan Perdana Menteri, terdapat dakwaan bahawa Jabatan Kecemasan HTAR sengaja dikosongkan dan berikut adalah tangkap layar yang tular dalam media sosial :


Dakwaan Jabatan Kecemasan dikosongkan pada hari Perdana Menteri melawat HTAR.

Antara tangkap layar lain berkenaan isu yang serupa.

Perdana Menteri perlu lihat betapa nazaknya HTAR

Masalah bukan perkara baharu dan mujur ada kamera.

Menjawab segala persoalan ini, HTAR menafikan dakwaan yang tular dan pengarah HTAR, Dr Zulkarnain Mohd Rawi berkata perkara itu adalah tidak benar kerana jabatan berkenaan sudah sememangnya penuh dengan pesakit dan pada hari kejadian, seramai 177 pesakit masih belum menerima rawatan.

Dr Zulkarnain memaklumkan trend semasa di Jabatan Kecemasan dan Trauma menerusi kes harian oleh Unit Pengurusan Katil adalah antara 150 hingga 180 pesakit.

Beliau berkata pemindahan pesakit COVID-19 ke Kompleks Rawatan Harian (ACC) yang ditukarkan fungsi sebagai Wad COVID-19 adalah pelan kontigensi yang diambil bagi Pengurusan Bencana Peringkat Hospital.

Mengenai isu berkaitan doktor pelatih diarah untuk berpindah dari Asrama Doktor Pelatih, Dr Zulkarnain berkata mereka telah dipindahkan ke bangunan Asrama Pelajar Perubatan Universiti Malaya (UM) yang lebih selesa.

Beliau berkata ia bertujuan untuk mengoptimumkan penggunaan Blok A, B dan C Asrama Doktor Pelatih memandangkan Blok D Asrama Doktor Pelatih telah pun digunakan sebagai Pusat Saringan COVID (PSC) sejak April 2020.

Dr Zulkarnain berkata selepas semua pemindahan doktor pelatih ke Asrama Pelajar Perubatan UM selesai dilakukan pada 12 Julai, fungsi Blok A dan B Asrama Doktor Pelatih telah ditukarkan kepada Wad COVID-19 Berisiko Rendah.

(Visited 341 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button