Nasional

Ini bukan tentang saya – Dr. Noor Hisham

 “INI bukan tentang saya, tetapi apa yang kita (rakyat) boleh lakukan bersama-sama untuk memerangi COVID-19,” begitulah pendirian Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita apakah perasaannya apabila diberi gelaran sebagai ‘wira negara’ oleh warga Malaysia di media sosial kerana komitmennya dalam menangani krisis wabak COVID-19.

Katanya, gelaran itu tidak penting bagi dirinya tetapi keutamaannya adalah memastikan perkhidmatan Kementerian Kesihatan (KKM) adalah yang terbaik demi rakyat dan negara.

“Pada saya tak penting (gelaran wira negara) tetapi apa yang penting adalah perkhidmatan kita (Kementerian Kesihatan),” katanya pada sidang media harian perkembangan COVID-19, seperti yang dilaporkan BERNAMA  hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham turut menasihati orang ramai untuk mengikut nasihat dan kaedah yang digariskan KKM dalam mencegah daripada dijangkiti penyakit itu.

“Ikut garis panduan yang diberikan KKM. Jangan ikut yang tular di media sosial, berita palsu dan sebagainya, rujuk kepada talian ataupun laman sesawang KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa video tular di media sosial yang kerap memberi ‘tips’ untuk mengelak daripada dijangkiti COVID-19.

Dr, Noor Hisham merupaka antara orang yang bertanggungjawab memastikan rakyat Malaysia mendapat maklumat terkini tentang wabak Covid-19.

Facebook beliau terutamanya menjadi rujukan dan maklumatnya dikongs oleh ramai rakyat Malaysia berhubung Covid-19, langkah pencegahan serta perkembangan yang berkaitan. – BERNAMA

(Visited 643 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button