fbpx
Hiburan

Masyarakat terkejut sikap artis pentingkan diri sendiri

HARI ini masyarakat terkejut semakin ramai artis yang menampilkan sikap mementingkan diri ketika mengulas Pakej Rangsangan PRIHATIN diumumkan oleh kerajaan.

Walaupun tidak semua, tetapi sikap mementingkan diri sendiri ini menjengkilkan masyarakat yang sedang tertekan dengan situasi wabak yang menular dan ekonomi yang tidak menentu.

Pakej rangsangan diumumkan adalah untuk semua rakyat yang terjejas dengan keadaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan ekonomi yang lembab.

Jika artis merasakan diri mereka turut terjejas buat permohonan untuk mendapat bantuan kewangan yang sewajarnya dan bukannya menuntut layanan istimewa daripada kerajaan ketika negara berdepan dengan situasi getir.

Harith Iskandar memberi komen yang bernas melalui twitternya. Beliau berkata sebagai pemilik syarikat kecil dan sederhana dalam tempoh enam bulan beliau terpaksa berpindah ke rumah yang lebih kecil dan kereta yang lebih murah.


Bagaimanapun bagi mereka di dalam kategori miskin iaitu B40 mereka kini tidak mempunyai makanan dan susu untuk diberikan kepada keluarga dan ia berlaku sekarang.

Harith Iskandar yang sering terkenal dengan lawak yang sinis dan tajam terutama berhubung dasar-dasar kerajaan jelas lebih memahami berbanding pelawak yang sebelum ini ghairah mempamerkan kekayaan.

Ada juga artis yang memberi alasan perlu membayar gaji berjumlah jutaan ringgit kepada pekerja, mereka perlu berfikiran dengan jelas dan bukan mengikut perasaan.

Pelawak, Shuib Sepahtu mohon netizen berhenti menghentam golongan selebriti yang memperjuangkan hak untuk penggiat seni yang terjejas.

Dalam rakaman video dimuat naik menerusi laman Instagram berdurasi 3.46 saat, Shuib berkata, dia terpanggil membuat rakaman bagi membela nasib rakannya, Black, Tomok dan Achey yang dihentam teruk selepas menyuarakan pandangan supaya kerajaan memberikan bantuan khas kepada penggiat seni.

Shuib berkata, tiga sahabatnya hanya menyuarakan pendapat, bukan demi kepentingan diri. Mereka memperjuangkan hak penggiat seni, khusus artis veteran dan kru produksi balik tabir yang dihimpit kesulitan hidup sejak PKP dikuat kuasa.

Katanya, pendapatan golongan penggiat seni terjejas berikutan penggambaran atau persembahan terpaksa ditangguh serta dibatalkan.

Walau bagaimanapun, suami penyanyi Siti Sarah Raisuddin itu berterima kasih kepada kerajaan kerana mengeluarkan bajet sebanyak RM250 billion untuk membantu rakyat menerusi PRIHATIN.

“Saya ingin ucap terima kasih dan tahniah kepada kerajaan memberi bantuan kepada rakyat Malaysia. Sedikit sebanyak bantuan ini meringankan bebanan situasi getir dan mencabar ini.

“Paling penting, rakyat Malaysia harus bersatu dengan menjadikan arahan PKP berkesan untuk menghapuskan virus COVID-19. Berdoalah, insya-Allah,” katanya.

BACA:

Pakej rangsangan itu akan memberi manfaat secara langsung atau tidak langsung kepada masyarakat termasuklah artis.

Lebih utama adalah memastikan rakyat yang berpendapatan rendah mempunyai wang untuk membeli makanan dalam situasi getir ini.

Ini bukan pakej rangsangan yang membolehkan kerajaan membuat pilihan lain, tetapi ia adalah pakej rangsangan yang mahu tidak mahu dilaksanakan selain memastikan kebajikan rakyat ia juga mengelakkan negara daripada berdepan dengan krisis ekonomi yang lebih buruk.

Para artis tidaklah perlu terlalu tamak apabila mendengar pakej rangsangan bernilai RM250 bilion dan merupakan rangsangan kewangan terbesar yang pernah dilaksanakan oleh kerajaan.

Artis mempunyai pelbagai persatuan yang boleh mewakili mereka untuk mendapatkan bantuan kerajaan, berbanding mereka yang berpendapatan kecil yang kadangkala tidak tahu dan sedar tentang bantuan disalurkan oleh kerajaan.

Tolonglah golongan artis janganlah menjadi batu api dalam keadaan negara berdepan dengan situasi getir dan janganlah jadikan kesusahan masyarakat sebagai jenaka, kerana ia tidak lucu.

Insaflah wahai artis Malaysia, jangan sampai majoriti masyarakat tawar hati untuk memberi sokongan kepada filem dan program televisyen tempatan sebagaimana pernah berlaku sebelum ini kerana sikap segelintir yang terlalu mementingkan diri sendiri.

 

(Visited 4 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button