Luar Negara

Ingin pecah rekod, ibu beri nama ada 1,019 huruf

PEMBERIAN nama untuk anak baru lahir merupakan saat penting buat ibu bapa dan setiap ibu bapa mempunyai alasan mengapa nama tersebut dipilih.

Sandra Wlliams dari Texas, Amerik Syarikat (AS) memutuskan untuk memberikan nama unik kepada anak perempuannya yang dilahirkan pada 1984 iaitu Rhoshandiatellyneshiaunneveshenk Koyaanisquatsiuth Williams.

Bagaimanapun, tiga minggu kemudian, Sandra berkata bahawa nama tersebut tidak cukup panjang lalu dia menfailkan pindaan untuk menukar nama itu.

Selepas ditukar, nama baharu anaknya adalah Rhoshandiatellyneshiaunneveshenkescianneshaimondrischlyndasaccarna erenquellenendrasamecashaunettethalemeicoleshiwhalhinive’onchelleca undenesheaalausondrilynnejeanetrimyranaekuesaundrilynnezekeriakenv aunetradevonneyavondalatarneskcaevontaepreonkeinesceellaviavelzad awnefriendsettajessicannelesciajoyvaelloydietteyvettesparklenesceaund rieaquenttaekatilyaevea’shauwneoraliaevaekizzieshiyjuanewandaleccian nereneitheliapreciousnesceverroneccaloveliatyronevekacarrionnehenriet taescecleonpatrarutheliacharsalynnmeokcamonaeloiesalynnecsiannemer ciadellesciaustillaparissalondonveshadenequamonecaalexetiozetiaquani aenglaundneshiafrancethosharomeshaunnehawaineakowethauandavern ellchishankcarlinaaddoneillesciachristondrafawndrealaotrelleoctavionne miariasarahtashabnequckagailenaxeteshiataharadaponsadeloriakoentesc acraigneckadellanierstellavonnemyiatangoneshiadianacorvettinagodtaw ndrashirlenescekilokoneyasharrontannamyantoniaaquinettesequioadauri lessiaquatandamerceddiamaebellecescajamesauwnneltomecapolotyoaj ohnyaetheodoradilcyana.

Ini telah menjadikan nama tersebut nama terpanjang di dunia yang terdiri daripada 1,019 huruf dan mempunyai sijil kelahiran sepanjang dua kaki (0.6 meter).

Nama terlalu panjang dan sukar untuk digunakan sehari-hari, maka rakan dan keluarganya hanya memanggilnya Jamie.

Bercakap kepada Oprah pada tahun 1997 ketika Jamie berusia 12 tahun, Sandra menjelaskan keputusan untuk memberikan nama yang panjang kerana ingin memecahkan Rekod Dunia Guinness.

“Saya terpaksa melakukan sesuatu untuk memecahkan Rekod Dunia Guinness. Jadi saya perlu memastikan bahawa namanya akan menjadi unik.

“Saya tidak mahu Namanya seperti orang lain. Namanya mesti berbeza dan saya perlu ada dalam buku Guinness,” katanya.

Sandra berkata, dia mengambil masa enam tahun untuk menghasilkan idea nama yang merupakan gabungan filem, kereta dan saudara-mara. -SM

(Visited 209 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button