Luar Negara

Bapa terkejut dicaj RM61,766, anak perempuan beli item dalam Genshin Impact

SEORANG bapa di Singapura terkejut apabila kad kreditnya dicaj S$20,000 (RM61,766) untuk pembelian dalam permainan anak perempuannya yang berusia 18 tahun.

Menurut laporan The Straits Times, Lim Cheng Mong terkejut apabila pihak bank memberitahunya bahawa dia telah terlepas pembayaran tertunggak dengan jumlah yang besar.

“Pada mulanya, saya fikir saya kena scam.

“Tetapi kemudian syarikat kad kredit berkata jika transaksi itu adalah sah dan tiada apa yang boleh dilakukan oleh syarikat itu,” katanya.

Kad kredit Cheng Mong telah dihubungkan dengan akaun Grab anak perempuannya bagi menampung perbelanjaan pengangkutan anaknya.

Cheng Mong mendapati bahawa anak perempuannya telah menyalahgunakan kad kredit dan telah menghubungkan e-wallet Grab milik anak perempuannya kepada permainan popular yang dipanggil Genshin Impact.

Anak perempuan Cheng Mong telah berbelanja selama enam minggu untuk membeli item dalam permainan itu bagi menaik taraf avatarnya.

“Saya memberitahu anak saya bahawa wang yang dia gunakan sangat banyak, bernilai satu tahun yuran persekolahan jika dia belajar di luar negara.

“Jumlah yang besar telah dibelanjakan dalam sekelip mata,” katanya.

Permainan Genshin Impact dikeluarkan oleh studio Cina miHoyo merupakan satu permainan lakon aksi dunia terbuka yang berlaku dalam dunia fantasi yang dipanggil Teyvat. – SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button