Hiburan

Influencer berangan jadi isteri Shuib?

Usahawan Shuib sekali lagi menjadi perhatian orang ramai apabila natizen mendakwa dia sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang influencer.

Hubungan mereka didedahkan oleh @farhana2506, melalui perkongsian di laman media sosial TikTok.

Terdapat beberapa gambar yang dimana baju shuib seakan sedondon dengan wanita tersebut yang dikenali sebagai Watie Hanifiah @iamwatie.

Walaupun mereka tidak bergambar berdua, namun kelihatan mereka berada di lokasi yang sama.

Tambahan juga Shuib selalu ‘like’ gambar-gambar watie melalui perkongsian di Instagram secara tidak langsung menguatkan lagi spekulasi netizen mereka seolah-olah sedang bercinta.

Bukan itu sahaja, watie juga mengikuti Instagram ibu tiri Siti Sarah, Siti Fatima Suberi, ada juga netizen mengatakan Watie pernah membawa keluar anak-anak Shuib keluar bersama-sama.

Sebelum ini Shuib turut dikait dengan beberapa pelakon wanita, Wan Shamila dan Zarazya yang kononnya mereka sedang menjalinkan cinta.

Namun sehingga kini tiada sebarang jawapan tentang jodoh dari Shuib.

(Visited 13,566 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button