INFKASI keseluruhan negara kekal stabil pada 1.8 peratus pada bulan April (Mac 2024: 1.8%), manakala inflasi teras meningkat sedikit kepada 1.9 peratus (Mac 2024: 1.7 peratus).
Bank Negara Malaysia (BNM) dalam satu kenyataan memberitahu, peningkatan inflasi teras pada bulan April didorong terutamanya oleh inflasi makanan di luar rumah yang lebih tinggi pada 4.0 peratus (Mac 2024: 3.5 peratus.
Walau bagaimanapun, peningkatan ini sebahagiannya diimbangi oleh inflasi lebih rendah yang dicatatkan dalam sektor pengangkutan iaitu 0.8% (Mac 2024: 1.3%).
Pada bulan April juga menyaksikan pertumbuhan eksport kembali pulih kepada 9.1% (Mac 2024: -0.9%), didorong oleh pertumbuhan eksport perkilangan yang lebih pantas dan eksport komoditi yang terus berkembang.
Eksport perkilangan yang lebih tinggi didorong oleh pemulihan bagi eksport elektrik dan elektronik (E&E), yang mencatatkan pertumbuhan positif selepas penguncupan selama lapan bulan sejak bulan Ogos 2023.
Sementara itu, eksport bukan E&E terus berkembang kukuh, terutamanya bagi jentera dan bahan berkaitan pembinaan.
Pada masa hadapan, eksport dijangka bertambah baik secara beransur-ansur dengan sokongan eksport E&E yang terus pulih dan permintaan yang berterusan untuk eksport bukan E&E.
Pertumbuhan kredit kepada sektor swasta bukan kewangan lebih tinggi di mana kredit kepada sektor swasta bukan kewangan meningkat sebanyak 5.4% pada akhir bulan April 2024 (Mac 2024: 5.2%), didorong oleh pertumbuhan yang lebih tinggi bagi pinjaman terkumpul (5.9%; Mac 2024: 5.7%) dan bon
korporat (3.4%; Mac 2024: 3.2%).
Pertumbuhan pinjaman perniagaan meningkat kepada 5.6% (Mac 2024: 5%) dengan pertumbuhan yang lebih tinggi dalam modal kerja dan pinjaman berkaitan pelaburan. Pertumbuhan pinjaman yang lebih tinggi juga
dicatatkan dalam kebanyakan sektor perniagaan, termasuk perkilangan danpembinaan.
Bagi isi rumah, pertumbuhan pinjaman terkumpul kekal pada 6.2% (Mac 2024: 6.2%), dengan pertumbuhan pinjaman yang stabil bagi kebanyakan tujuan pinjaman, termasuk untuk pembelian rumah dan kereta.
Pasaran kewangan domestik dipengaruhi oleh jangkaan pelabur global bahawa kadar dasar AS akan tinggi untuk tempoh yang lebih lama berikutan kejutan kenaikan inflasi AS pada bulan April, peserta pasaran kewangan telah menurunkan lagi jangkaan mereka berhubung dengan kadar dasar AS 2024 kepada hanya satu hingga dua pemotongan.
Kesannya, kebanyakan mata wang serantau menurun nilai berbanding dolar AS (purata serantau: -1.6%), termasuk ringgit.
Walau bagaimanapun, nilai ringgit menurun dengan magnitud yang lebih kecil (-0.8%), berikutan tindakan terselaras oleh Kerajaan dan BNM untuk menggalakkan aliran masuk ke dalam pasaran FX dalam negeri.
Kadar hasil MGS 10 tahun meningkat sebanyak 12 mata asas (purata serantau1: 44 mata asas) di samping kenaikan kadar hasil bon AS, manakala FBM KLCI didagangkan lebih tinggi sebanyak 2.6% (purata
serantau1: -0.9%).
Kedudukan mudah tunai dan pendanaan bank-bank kukuh bagi menyokong pengantaraan dengan sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai berada pada 152.2% (Mac 2024: 150.3%).
Agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya kekal stabil pada 82.3% (Mac 2024: 81.7%).
Kualiti aset sistem perbankan kekal utuh apabila nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih secara keseluruhannya kekal stabil masing-masing pada 1.6% dan 1%.
Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) terus berada pada paras berhemat sebanyak 120.4% (Mac 2024: 121.1%) daripada pinjaman terjejas, dengan jumlah peruntukan keseluruhan
mencakupi 1.5% daripada jumlah pinjaman.
Kedudukan mudah tunai dan pendanaan bank-bank kukuh bagi menyokong pengantaraan
Sistem perbankan terus mencatatkan penampan mudah tunai yang kukuh dengan agregat Nisbah Perlindungan Mudah Tunai berada pada 152.2% (Mac 2024: 150.3%).
Agregat nisbah pinjaman kepada dana secara amnya kekal stabil pada 82.3% (Mac 2024: 81.7%).
Kualiti aset sistem perbankan kekal utuh dengan nisbah pinjaman terjejas kasar dan bersih secara keseluruhannya kekal stabil masing-masing pada 1.6% dan 1%.
Nisbah perlindungan kerugian pinjaman (termasuk rizab pengawalseliaan) terus berada pada paras berhemat sebanyak 120.4% (Mac 2024: 121.1%) daripada pinjaman terjejas, dengan jumlah peruntukan keseluruhan mencakupi 1.5% daripada jumlah pinjaman. – SM