Indonesia sudah memulakan sekolah tatap muka
MULAI semalam Indonesia sudah memulakan sekolah tatap muka atau sekolah bersemuka.
Di Jakarta, 610 sekolah kembali belajar secara bersemuka .
Para murid yang datang dihantar oleh ibu bapa diperiksa suhu badan dan melakukan sanitasi sebelum masuk ke kelas.
Di peringkat sekolah dasar atau sekolah rendah hanya tahun satu hingga empat melaksanakan pelajaran tatap muka (PTM) ini dengan rata-rata usia murid terbabit adalah6-10 tahun.
Ibu bapa pula hanya boleh hantar anak hingga ke gerbang sekolah, tidak dibenarkan masuk mengiringi anak-anak.
Sampai dalam kelas mereka duduk berjarak dengan kapasiti kelas hanya 50 peratus dan keadaan biasa.
Bagi murid yang tidak dapat masuk ke kelas mereka akan belajar secara online pada waktu yang sama.
Keseluruhannya, sekolah dilengkapi pelbagai kemudahan yang berasaskan protokol kesihatan Covid-19.
Terdapat garisan penanda jarak di lantai untuk pastikan penjarakan fizikal dan poster-poster peringatan mengenai Covid-19 di letakkan di semua kawasan sekolah sebagai peringatan.