Belang BertempatCelotehNasional

31 Ogos 1957 Cuma Kemerdekaan Buat Tanah Melayu, Bukan Mentaliti Dan Jiwa Orang Melayu

Merdeka.. merdeka.. merdeka.. Inilah laungan keramat yang suka kita sanjungkan setiap kali menjelang 31 Ogos semenjak 1957 sehingga ke tahun ini.

Sedar tak sedar, usia kemerdekaan negara sudah pun memasuki tahun yang ke-64 dan kalau dilihat pada usia manusia, ia sudah memasuki fasa ‘warga emas’.

Namun demikian, doktrin kemerdekaan negara ini sering dicampur aduk dengan diri, jiwa dan kemanusiaan secara peribadi padahal ia langsung tidak berkaitan.

Yang merdeka pada 31 Ogos cuma Tanah Melayu, pemimpin Melayu diberi peluang untuk mentadbir Tanah Melayu mengikut acuan British yang diubah suai beberapa perkara agar nampak lebih ‘tempatan’.

Selebihnya, merdeka bagi individu.. takkan boleh sama dengan kemerdekaan negara. Mana tidaknya, sampai ke hari ini orang-orang Melayu masih lagi dijajah.

Lebih teruk lagi, penjajahan itu meresapi dan menguasai mentaliti, jiwa bahkan agama Islam yang dianuti sejak zaman-berzaman.

Dari segi mentaliti, kita jadi lali sampai percaya kononnya Melatu itu miskin dan pemalas padahal orang British itu berak pun selamba sahaja di kaki-kaki lima.

Sedangkan pada mereka datang, orang-orang Melayu sudah ada tamadun sendiri jauh lebih hebat, dikagumi ramai dan zaman kesultanan Melayu Melaka dicemburui.

Zaman kesultanan Melayu Melaka itu pula bukan hanya melibatkan Alor Gajah, Merlimau, beberapa dearah lain lagi termasuklah Kota Melaka itu sendiri.

Bahkan penguasaan orang Melayu merangkumi Singapura, Borneo dan beberapa kepulauan Sumatera dan zon-zon di selat Melaka itu sendiri.

Namun demikian, kebanggaan itu sudah mati, pupus, lenyap dan tidak lagi dibicarakan oleh generasi muda kerana generasi tua pun sudah lupa.

Kalau lihat dari segi agama pula, ancaman wahabi, syiah, evengelist sudah berlaku secara berperingkat dan menunggu masa sahaja untuk diletuskan.

Sememangnya kita berada di fasa yang sangat bahaya.

(Visited 681 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button