Luar Negara

AS rasmi tinggalkan bumi Afghanistan, Taliban umum kemerdekaan

BUNYI tembakan kedengaran  di seluruh Kabul setelah Pentagon dan Taliban secara rasmi mengesahkan  pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) yang terakhir telah meninggalkan Afghanistan.

Hal ini mengakhiri perang selama 20 tahun di negara itu.

Memetik laporanb AFP, Selasa (31/8/2021), Taliban menyatakan kemerdekaan penuh Afghanistan setelah pasukan AS meninggalkan negara itu.

“Malam ini pukul 12 tengah malam waktu Afghanistan, pasukan Amerika yang tersisa meninggalkan lapangan terbang Kabul dan negara kami memperoleh kemerdekaan penuh,” kata kepala jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid.

Pentagon mengatakan penerbangan terakhir telah berangkat pada menit terakhir malam Isnin. Semua anggita tentera AS berada di luar Afghanistan.

Koresponden AFP di kota itu mendengar tembakan meraikan kejayaan dari beberapa pos pemeriksaan Taliban. Sorak-sorai para pejuang Taliban yang berjaga di pos keamanan di zon hijau juga terdengar.

“Kami membuat sejarah lagi,” kata wakil pejabat senior Taliban, Anas Haqqani.

“Saya sangat gembira setelah 20 tahun jihad, pengorbanan dan kesulitan, saya memiliki kebanggaan untuk melihat momen bersejarah ini,” ucapnya.

Haqqani juga mendesak para pejuang Taliban menghentikan tembakan perayaan untuk memastikan tidak ada warga sivil yang terluka.

Jurucakap Taliban yang lain, Bilal Karimi, mengatakan Taliban sangat senang dengan perginya pasukan AS.

“Semua pasukan Amerika telah meninggalkan Afghanistan, kami sangat senang — Anda dapat mendengarkan tembakan perayaan,” tuturnya.

Sebelumnya, pesawat tentera AS rasmi meninggalkan lapangan terbang Kabul, Afghanistan. Penerbangan terakhir pesawat tenntera itu juga sebagai penanda berakhirnya proses evakuasi Amerika Serikat terhadap warganya dan warga Afghanistan dari kelompok Taliban.

Seperti dipetik dari AFP, Selasa (31/8), penarikan tentera AS juga menjadi petanda selesainya peperangan yang telah berlangsung selama 20 tahun di Afghanistan dan telah menghabiskan dana berbilion dolar.

Penerbangan terakhir tentera AS dilaporkan berangkat pada 1929 GMT Isnin – tepat sebelum awal hari Selasa di Kabul.

Penerbangan terakhir itu terjadi sebelum batas waktu terakhir yang ditetapkan oleh Presiden Joe Biden, iaitu akhir 31 Ogos.

“Saya di sini untuk mengumumkan selesainya penarikan kami dari Afghanistan dan berakhirnya misi ketenteraan untuk memindahkan warga Amerika,” kata Jenderal AS Kenneth McKenzie kepada wartawan pada hari Isnin waktu Washington.

“Penarikan diri malam ini menandakan berakhirnya komponen pemindahan tentera tetapi juga berakhirnya misi hampir 20 tahun yang dimulai di Afghanistan tak lama setelah 11 September 2001,” lanjutnya.

(Visited 276 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button