Nasional

Individu rentung kereta terbakar

SEORANG individu ditemukan rentung dalam satu kejadian kereta terbakar di Kampung Taman Jaya, Bahau, Jempol, Seremban, awal pagi hari ini.

Individu terbabit bagaimanapun belum berjaya dikenal pasti identitinya.

Pemangku Ketua Zon 3, Negeri Sembilan, Timbalan Penguasa Bomba (TPgB) II Ahmad Nazmi Halil berkata sebuah kereta jenis Proton Wira Sedan didapati terbakar 100 peratus dan terdapat seorang individu di dalamnya rentung di bahagian tempat duduk pemandu.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. – Berita Harian – SM

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button