Individu kecam Adibah Noor mohon maaf
Pada Sabtu lalu 18 Jun Allahyarhamah Adibah Nor baru sahaja meninggal dunia, akibat dari kanser Ovari yang dihadapinya. Dan telah memberikan kejutan pada dunia hiburan.
Malah, ada juga dari kalangan artis, yang turut terkesan akan pemergian Allahyahaman Adibah Nor.
Namun, kubur arwah masih lagi merah, orang ramai mula persoalkan salah satu komen individu yang sedang hangat diperkatakan.
Individu tersebut yang dikenali Ibnu Ahmad Ar-Rayyan meningalkan komen yang sensitif melalui hantaran laman media sosial, seolah-olah individu tersebut mempersoalkan tetang aurat Allahyarhaman Adibah Nor.
“Sampai ke akhir hayat tidak tutup aurat, dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat, sebab batu kepala batu keras hati, menjawablah kat dalam kubur Nauzubillahi min Zalik, moga keturunan aku tiada seperti ini selamat menjawab soalan di alam barzakh”, ujar individu tersebut
Komen yang dilontarkan individu tersebut di ruangan komen media sosial mencetuskan kemarahan netizen dan rata-rata netizen berpendapat individu itu tidak menghormati keluarga arwah.
Walaubagaimanpun, individu tersebut sudah memohon maaf kepada orang ramai.