EkonomiNasional

India tawar jual 18 jet pejuang kepada Malaysia

KEMENTERIAN Pertahanan India semalam berkata ia telah menawarkan untuk menjual 18 pesawat tempur ringan (LCA) Tejas buatan asli kepada Malaysia.

Kementerian itu berkata enam negara lain iaitu Argentina, Australia, Mesir, Amerika Syarikat, Indonesia dan Filipina turut menunjukkan minat terhadap jet pejuang enjin tunggal itu, lapor Xinhua.

Tahun lepas, kerajaan India meluluskan pembelian 73 pesawat pejuang LCA Tejas Mk-1A dan 10 pesawat jurulatih LCA Tejas Mk-1 dengan kos lebih AS$6 bilion (RM26.7 bilion) daripada Hindustan Aeronautics Limited (HAL), sebuah usaha sektor awam pertahanan (PSU) di bawah Kementerian Pertahanan India.

(Visited 631 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button