Ekonomi

Indeks kos bahan binaan meningkat 0.1-0.5 peratus pada Mei

INDEKS Kos Bahan Binaan (IKB) (tanpa bar keluli) di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia meningkat antara 0.1 dan 0.5 peratus pada Mei 2020, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Negeri yang mencatatkan peningkatan adalah Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Sementara itu, Pulau Pinang, Kedah dan Perlis merekodkan penurunan 0.1 peratus bagi bangunan konkrit bertetulang (K.T.) (berbumbung rata) 2-4 tingkat, dan Cerucuk, Johor turun antara 0.2 peratus dan 0.3 peratus untuk bagi hampir semua kategori bangunan pada bulan tersebut, katanya.

Sebaliknya, IKB di Kota Kinabalu dan Tawau naik antara 0.1 dan 0.4 peratus untuk hampir semua kategori bangunan kecuali kerangka besi satu tingkat (menara sahaja), susut kepada 0.2 peratus di Kota Kinabalu.

“IKB di Sandakan merosot antara 0.1 dan 0.2 peratus bagi hampir semua kategori bangunan kecuali bangunan K.T. lima tingkat ke atas (untuk penginapan), kata Jabatan Perangkaan.

Selain itu, IKB di Sarawak mencatatkan penurunan 0.1 peratus bagi Kerangka besi 1 tingkat (bangunan) di Kuching, manakala di Miri meningkat kepada 0.1 untuk hampir semua kategori bangunan.

Dalam pada itu, IKB (termasuk bar keluli) di Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Perak, Johor dan Pahang merosot antara 0.1 dan 1.0 peratus bagi hampir semua kategori bangunan pada Mei.

Bagaimanapun, IKB untuk hampir semua kategori bangunan di Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan, Terengganu dan Kelantan meningkat antara 0.1 dan 0.2 peratus.

“IKB di Sabah berkurangan antara 0.1 dan 0.2 peratus di Kota Kinabalu dan Sandakan untuk hampir semua kategori bangunan bagaimanapun IKB di Tawau naik antara 0.1 dan 0.2 peratus bagi hampir semua kategori bangunan,” katanya.

Di Sarawak, Indesk Kos Binaan di Kuching dan Sibu berkurangan antara 0.1 dan 0.4 peratus untuk hampir semua kategori bangunan namun IKB di Miri melonjak 0.1 peratus bagi hampir semua kategori bangunan. – BERNAMA

(Visited 465 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button