Hiburan

Ibu Ezad Lazim meninggal dunia ketika mahu ambil wuduk

IBU kepada penyanyi, Ezad Lazim meninggal dunia kira-kira pukul 6.30 pagi ketika mahu mengambil wuduk untuk menunaikan solat subuh.

Ezad hanya mengetahui berkenaan pemergian ibunya selepas dia dihubungi oleh kakaknya.

“Kak long beritahu yang ibu terjatuh di dalam bilik air ketika hendak mengambil wuduk dan tidak sedarkan diri.

BACA> Lara Alana tak kisah dapat adik lelaki atau perempuan

“Selepas diperiksa, mak kemudian telah meninggal dunia,” katanya seperti dilaporkan Gempak.

Sementara itu, Ezad turut memaklumkan ibunya, Rosada binti Jahaya telah meninggal dunia di akaun Instagram miliknya.

Dia turut meminta semua pengikutnya untuk mendoakan yang terbaik buat arwah ibunya.

“Baru semalam kita kenang pemergian arwah abah yang sudah setahun.

BACA> Kang Gary kecewa akaun Instagram anaknya digodam 6 kali

“Hari ini mak pula menyusul meninggalkan kita,” katanya. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button