fbpx
Hiburan

Lara Alana tak kisah dapat adik lelaki atau perempuan

PASANGAN selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya berkongsi berita gembira menerusi akaun Instagram mereka apabila bakal mendapat cahaya mata kedua.

Video tersebut memaparkan anak sulung mereka, Lara Alana yang memegang alat pengesan kehamilan sambil memberitahu dirinya bakal mendapat adik.

Sementara itu, Awal menerusi ruangan status Instagram miliknya memanjatkan kesyukuran dan menganggap kehamilan itu sebagai hadiah hari lahir paling bermakna buatnya.

cahaya

“We are expecting our second baby, and Inshallah going to our forth month now. Doakan Mommy dan baby sihat dalam kandungan dan dapat menjalani kehamilan dengan sempurna. Syukur ya Allah diatas rezeki ini dan Doakan Yang terbaik buat kami sekeluarga,” tulisnya.


Turut Awal dan Scha, akaun Instagram milik Lara Alana juga memuat naik status dan video sama berkenaan berita gembira itu.

“Alhamdulillah, atas doa semua, Lara akan jadi kakak tak lama lagi!

BACA> Minta rekaan baju percuma, Cromok dihentam netizen

“Terima Kasih atas doa Uncles and Aunties semua yang tak putus putus untuk Mommy and Daddy kasi adik kat Lara.

“Adik lelaki atau Adik perempuan, Lara okay je.. sebab Lara tak sabar nak ada kawan untuk bermain!

Doakan kesihatan Mommy dan Adik Lara dalam perut tu ok?” katanya.

BACA> Murahnya hati selebriti Korea

Awal dan Scha melangsungkan perkahwinan pada 4 Mei 2012 di sebuah hotel di Putrajaya dan dikurniakan seorang cahaya mata yang kini berusia 6 tahun. -SM

Show More

Related Articles

Back to top button