Jenayah

Ibu bayi baru lahir dilempar atas bumbung hanya menangis

SEORANG bayi yang baru lahir kemudian dilemparkan dari atas bangunan dan jatuh di atas bumbung di Bercham, Perak dalam keadaan kritikal.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A Asmadi Abdul Aziz, berkata bayi lelaki malang itu kini sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi Neonatal, Kompleks Wanita, Kanak-Kanak dan Kardiologi, Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Menurut A Asmadi, ibu bayi berusia 16 tahun itu pada mulanya menafikan bayi berkenaan dilahirkan beliau namun kemudiannya mengakui selepas dipujuk.

“Menurut remaja itu bapa kepada bayi berkenaan hasil hubungan dengan teman lelakinya yang tinggal di rawang.

“Dia tidak banyak bercerita dan hanya menangis. Remaja itu sedang dirawat di hospital,” jelas A Asmadi.

Hasil siasatan polis mendapati terdapat kesan darah pada tilam dan pagar besi di tingkap bilik suspek.

“Kita percaya suspek melahirkan anak di dalam tandas dan kemudian memotong sendiri tali pusat. Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” kata A Asmadi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button