Politik

Hutang legasi untuk 2022 ialah RM43 bilion, itu hanya untuk membayar faedah, belum lagi hutang pokok

KULAI, 6 Mac –“Baru-baru ini, ada individu yang cuba menafikan perkara ini. Jangan biarkan kerakusan seorang atau dua orang yang ingin merompak wang rakyat disimpan.

“Hutang legasi untuk 2022 ialah RM43 bilion, itu hanya untuk membayar faedah, belum lagi hutang pokok. Antara hutang yang dilunaskan ialah hutang 1MDB,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali  pada dialog Bersama Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Menteri-Menteri Berkaitan Ekonomi di Pulai Spring Resort, Kulai, pada Sabtu.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu menafikan dakwaan kononnya hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak membebankan kerajaan.

Beliau berkata semasa pentadbiran Perikatan Nasional (PN), kerajaan Tan Sri Muhyiddin Yassin terpaksa berdepan dengan hutang lebih RM43 bilion, dengan sebahagian daripadanya berkaitan 1MDB.

Beliau berkata demikian dipercayai mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru yang berkata tiada satu sen pun dana awam digunakan oleh kerajaan untuk membayar balik jumlah hutang pokok 1MDB.

Najib yang dikaitkan dengan isu 1MDB – skandal kewangan terbesar dalam sejarah dunia – ketika membahaskan Titah Ucapan Yang di-Pertuan Agong di Parlimen baru-baru ini mendakwa tiada satu sen pun wang rakyat diguna untuk membayar hutang prinsipal 1MDB.

Bagaimanapun, kenyataan beliau disanggah Kementerian Kewangan, pakar ekonomi dan pemimpin lain, dengan mengatakan kerajaan terpaksa membayar kadar faedah hutang itu setiap tahun menggunakan wang kerajaan iaitu wang rakyat.

Sesi dialog itu dihadiri wakil daripada Persatuan Perniagaan dan Dewan Perniagaan di Johor.

Azmin berkata disebabkan legasi hutang tersebut termasuk yang ditinggalkan kerajaan terdahulu membabitkan hutang 1MDB, terpaksa ditanggung ketika pentadbiran PN dibawah Muhyiddin dan kerajaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sekarang.

(Visited 200 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button