Politik

Hukuman Najib Razak dipendekkan, denda RM50 juta dari RM210 juta

Hukuman terhadap Datuk Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak dikurangkan penjara selama 6 tahun dari 12 tahun manakala denda dikurangkan kepada RM50 juta sahaja berbading RM210 juta yang diputuskan oleh mahkamah.

Perkara itu diumumkan oleh Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah bersidang pada 29 Januari 2024.

Hukuman Najib Razak dipendekan

Sebanyak lima (5) kertas pengampunan termasuk permohonan YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak telah dipertimbangkan ole Lembaga Pengampunan tersebut yang dipengerusikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda AI Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

Setelah menimbangkan pendapat dan nasihat, Mesyuarat Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya kali ke-61 telah memutuskan hukuman ke atas bekas perdana Menteri itu diberikan pengurangan 50 peratus bagi hukuman dan denda yang perlu dibayar.

Oleh yang demikian, Najib dipersetujui untuk dibebaskan pada tarikh pembebasan awal iaitu pada 23 Ogos 2028 dan denda yang perlu dibayar iaitu sebanyak RM210,000,000.00 dikurangkan kepada RM50,000,000.00.

Namun, sekiranya denda tidak dibayar, tempo penjara bagi YBhg. Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak akan ditambah selama setahun dimana tarikh pembebasan beliau adalah pada 23 Ogos 2029.

Artikle Berkaitan :>

Pengampunan Najib bakal diputuskan

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button