Nasional

Hormati sensitiviti, adat dan agama tempatan – Duta China

SUARA MERDEKA– Syarikat China diminta untuk menghormati dan peka dengan sensitiviti tempatan selain mengambil kira kepentingan syarikat tempatan.

Gesaan itu dilontarkan oleh Duta China ke Malaysia, Bai Tian dalam seminar anjuran bersama Kedutaan China dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

Kata-kata Bai Tian itu timbul selepas kerajaan mengharamkan sebuah komik yang mempromosikan inisiatif Satu Jalur Satu Jalan (OBOR) China baru-baru ini melibatkan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yew yang dilihat mempromosikan ideologi komunisme.

Ujar Bai Tian lagi, warganegaranya perlu lebih memahami sensitiviti di destinasi pelaburan mereka dan mematuhi undang-undang tempatan dan perubahan dalam dasar serta peraturan, susulan kontroversi yang membabitkan Beijing itu.

“Kontraktor China juga perlu mengambil kira kepentingan syarikat tempatan dan memberi perhatian terhadap kata-kata dan tindakan bagi menghormati adat serta agama tempatan.

“Selain itu mereka perlu mengambil lebih ramai pekerja tempatan selain pelabur China juga perlu mematuhi prinsip manfaat bersama dan menang-menang,” katanya menurut laporan portal South China Morning Post.

(Visited 101 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button