fbpx
Politik

Rasanya ini bukan dedak PRK – Najib

KUALA LUMPUR – Tindakan Setiausaha Politik Perdana Menteri Abu Bakar Yahya Aby menyampaikan bantuan kepada penduduk Sungai Burung, Pekan Nenas Selatan di Parlimen Tanjung Piai disindir.

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak secara sinis berkata, bantuan yang disampaikan Abu Bakar kepada penduduk itu bukan dedak.

Najib juga menyindir apa yang dilakukan oleh Abu Bakar itu tidak melanggar undang-undang pilihan raya kerana berkempen di luar tempoh yang dibenarkan.

“Rasanya, ini bukan dedak PRK dan tidak melanggar undang-undang pilihanraya kerana berkempen di luar tempoh yang dibenarkan.


“Ini satu lagi kebetulan kata mereka,” tulis Najib dalam Facebook beliau.

Gambar Setiausaha Politik Perdana Menteri imemberi bantuan kepada penduduk di pusat daerah mengundi di Ladang Sungai Burung, Pekan Nenas Selatan dikongsi dalam Facebook akaun bernama Zainal Nor.

“29 OKtober 2019: Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia tuan Abu Bakar Yahya Aby sempat meluangkan masa turun ke PDM Ladang Sungai Burung, Pekan Nenas Selatan.

“Bagi menyerahkan sedikit bantuan utk di agih agihkan kepada insan yang memerlukan pada petang tadi.

“Kelihatan Saudara Azhari dari Briged Aman Malaysia dan sahabat sahabat PPBM turut hadir membantu bagi melancarkan gerak kerja P165 Tanjung Piai. Terbaik,” tulis hantaran pada Facebook tersebut.

Antara barang yang diberikan termasuk beras, gula dan susu.-SM

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button