Ekonomi

HONOR Malaysia berjaya mendapat kontrak jualan bernilai RM50 juta daripada MAHSA

SHAH ALAM: Institusi pengajian tinggi swasta terkemuka, Universiti MAHSA membeli siri komputer riba HONOR MagicBook bernilai RM50 juta dari HONOR Malaysia bagi kegunaan pembelajaran pensyarah dan pelajarnya, baru-baru ini. 

Siri HONOR MagicBook mengetengahkan tiga tumpuan jualan iaitu perlindungan mata, daya ketahanan dan harga berbaloi, sekali gus menjadikannya laris sebaik dilancarkan di pasaran Malaysia. 

Pra-pesanan siri HONOR MagicBook di stor rasmi dalam talian tempatan menerima respons memberangsangkan daripada pengguna, seterusnya meyakinkan Universiti MAHSA untuk membeli 15,000 unit komputer riba tersebut dari HONOR Malaysia. 

Siri HONOR MagicBook sesuai untuk kegunaan Institusi pengajian tinggi disebabkan tiga tumpuan jualan tersebut. Ini kerana pensyarah dan pelajar perlu meluangkan masa lama di hadapan skrin komputer riba untuk menyiapkan tugasan setiap hari. 

Selain itu, kelebihan siri HONOR MagicBook yang dilengkapi skrin diperakui persijilan Cahaya Biru Rendah TUV Rheinland dan tidak berkelip, melindungi mata dari cahaya biru sebanyak 50%. Jadi, pandangan mata pengguna lebih selesa selain tidak akan berasa penat ketika mengguna komputer riba tersebut. 

Siri HONOR MagicBook menawarkan pengalaman internet lebih baik serta berprestasi tinggi berbanding jenama komputer lain yang dijual pada harga sama. Siri komputer riba tersebut membantu menambah baik kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam talian kerana tidak akan menimbulkan masalah lengah.

Komputer riba tersebut tahan lasak kerana dibangunkan dengan kerangka aloi aluminium dan telah melalui pelbagai ujian makmal. Komputer riba ini tidak mudah tercalar, tahan lama dan berbaloi untuk dibeli. 

Sementara itu, Pengarah Eksekutif Universiti MAHSA, Datuk Sharon Mohamed Haniffa berkata, universiti terbabit antara institusi pengajian tinggi yang diperakui untuk menjalani pembelajarian dalam talian oleh Kementerian Pendidikan. Sistem pembelajaran jarak jauh ditawarkan universiti berkenaan menarik ramai pelajar di seluruh dunia kerana menyediakan pengalaman pengajian tanpa sempadan yang berkualiti.

“Sejak perintah kawalan pergerakan dilaksanakan tahun lalu, kami telah memperkukuhkan lagi kaedah pembelajaran dalam talian dengan  mengguna dan menaik taraf kemudahan komputer riba di kampus,” katanya.

Beliau berkata, tiga tumpuan jualan siri HONOR MagicBook memenuhi kehendak pendidikan Universiti MAHSA dan mendorong universiti tersebut untuk membeli 15,000 unit komputer riba.

Universiti MAHSA antara Institusi pengajian di negara ini yang menawarkan bidang kesihatan perubatan dan bioteknologi. Kampus di Bandar Saujana Putra meliputi kawasan seluas 48 ekar. Universiti berkenaan menjadi pilihan pelajar dari 75 negara, selain Asia, termasuk Australia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Kanada.

Sementara itu, HONOR baru-baru ini memperkenalkan komputer riba HONOR MagicBook 15 dan gelang pintar HONOR Band 6 yang boleh dibeli secara pra-pesanan di Lazada HONOR Flagship Store. 

Mulai 13 Mei ini, jualan rasmi HONOR MagicBook 15 dan HONOR Band 6 akan dilancarkan di semua outlet fizikal HONOR Experience Stores di seluruh negara termasuk platform e-dagang Lazada HONOR Flagship Store dan Shopee HONOR Official Store. 

HONOR MagicBook 15 dijual pada harga RM3699 dengan hadiah percuma bernilai lebih RM300 iaitu beg galas komputer riba, tetikus Bluetooth dan kotak hadiah HONOR dan ditawarkan dalam warna Space Grey. Manakala HONOR Band 6 adalah RM189 dan boleh didapati dalam warna Coral Pink, Meteorite Black dan Sandstone Grey. – UTUSAN

(Visited 249 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button