Auto Travel

Honda Lancarkan RS150R 2022 dengan Warna dan Jalur Baharu

BOON SIEW HONDA memulakan bulan Mac 2022 dengan penampilan terkini Honda RS150R bersama warna dan jalur baharu. Sejak diperkenalkan pada tahun 2016, Honda RS150R mempunyai daya tarikan tersendiri dan memperkukuh kedudukan di Malaysia selepas menggambarkan prestasi menunggang yang hebat dikalangan kategorinya, tambahan pula dengan rekabentuk yang sporty.

Bagi tahun 2022, enjin RS150R memenuhi spesifikasi EURO4 disamping penambahan muffler baharu memberikan penampilannya lebih menarik dan sporty, juga ia disertakan dengan warna dan beberapa pilihan rekabentuk jalur yang baharu.

Selain itu, utiliti RS150R telah dipertingkatkan untuk penggunaan yang pelbagai, dengan output enjin yang lebih berkuasa dan menambah baik pengalaman ketika menunggang.

Honda RS150R dikuasakan oleh enjin sejukan cecair empat lejang DOHC 149.2cc, yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 11.8kW @9,000 rpm dan tork maxima 13.6 Nm @7,000 rpm. Enjin ini dipadankan transmisi 6 kelajuan dan klac manual beserta pemacu rantai, memberikan RS150R prestasi menunggang yang cukup lengkap sama ada di lebuhraya mahupun di bandar.

Prestasinya ditambah pula dengan ciri-ciri canggih seperti lampu utama LED untuk penglihatan yang lebih jelas, meter kelajuan digital yang menunjukkan pelbagai malkumat dan brek cakera belakang yang melengkapkan sistem breknya.  Warna yang ditawarkan adalah Vivacity Red, Pearl Nightfall Blue dan Radiate Grey Metallic, harga adalah sekitar RM 8,299.

Untuk maklumat lanjut mengenai Honda RS150R ini, pelanggan boleh mengunjungi pengedar Honda atau menghubungi nombor Bebas Tol Honda di 1-800-88-3993 atau melayari laman web Boon Siew Honda. – SM

Kredit: EnjinDotCom

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button