Politik

Seharian Bersama Masyarakat Orang Asli & Tak Putus Buat Ramah Mesra – Kak Awi

Calon Perikatan Nasional (PN) N32 Endau, Alwiyah Talib tidak melepaskan peluang untuk sembang santai dan makan malam di Renny’s Satay Muar bersama anak-anak muda belia Endau yang aktif dalam dunia bola.

Disebabkan Alwiyah atau Kak Awi juga aktif dalam dunia sukan, maka perlulah baginya untuk tahu ‘Need And Want’ anak-anak muda belia yang dianggap seperti anak sendiri.

Setelah itu, Kak Awi bertemu dan beramah mesra dengan penduduk kampung Orang Asli Labong di Endau.

Boleh dikatakan seharian juga Kak Awi bersama masyarakat Orang Asli dalam DUN Endau dan ia beri semangat kepada Kak Awi dan semangat ini akan diterjemahkan pada 12 Mac ini.

Menutup perjalanan kempen semalam, Kak Awi singgah di Felcra Sri Mahkota untuk beramah mesra bersama penduduk di situ dengan harapan ukhwah terus terpelihara.


Sebelum balik, Kak Awi singgah di Commadn Centre PN N32 Endau untuk menyambut dan beramah mesra bersama kepimpinan PAS Kawasan Besut dan seluruh jentera yang hadir membantu PN di situ.

(Visited 51 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button