Hiburan

”Hipokrit”-luahan Diana Danielle selepas Farid mengeluarkan kenyataan jernihkan rumah tangga

PELAKON popular, Diana Danielle, mencuri perhatian apabila memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya beberapa minit selepas suaminya, Farid Kamil, menyatakan hasrat untuk mempertahankan rumah tangga mereka. Dalam hantaran tersebut, Diana, atau nama sebenarnya Diana Danielle Danny Beeson, seolah-olah menggambarkan Farid sebagai seorang yang hipokrit.

Namun, hantaran tersebut telah dipadam oleh Diana beberapa minit selepas dimuat naik.

Sebelum itu, Farid, atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, menyatakan kasihnya terhadap keluarga dan komitmen untuk mempertahankan perkahwinan mereka. Kenyataan itu dibuat selepas tersebarnya berita bahawa Diana berhasrat untuk memfailkan penceraian buat kali kedua pada petang Isnin lalu.

Untuk rekod, Farid dan Diana pernah bercerai talak satu pada Ogos tahun lalu namun kembali rujuk selepas 21 hari berpisah. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Muhammad, 11 tahun, dan Nur Aurora, 9 tahun.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button