Nasional

Hina Agong: Seorang ditahan, Ronnie Liu diburu

SEORANG pemilik akaun Twitter ditahan manakala tiga lagi pengguna akaun sosial termasuk yang menggunakan mana Ronny Liu Tian Khiew diburu kerana memuat naik kenyataan yang mempunyai kecenderungan menghasut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, seorang pengguna laman sosial telah ditahan pada 26 Oktober lalu.

“Lelaki berusia 52 tahun itu idtahan di kawasan Cheras, Kuala Lumpur dan kita turut merampas perkakasan yang disyaki digunakan unutk memuat naik kenyataan yang tular.

“Siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.

“Dia turut disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, pihaknya turut memburu tiga lagi pemilik akaun yang menggunakan nama Ronnie Liu Tian Khiew,Ho Ruey Terng dan pemilik akaun Twitter Uncle Ireeve

Menurut Huzir, kesemua mereka disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana mendatangkan kebencian atau penghinaan terhadap mana-mana Raja atau Kerajaan.

“Mereka juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana pengunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian,” jelasnya.

Huzir juga mengingatkan supaya yang nama yang tersenarai diminta untuk tampil menyerah diri di Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.

Tambahnya, jika ingkar pihaknya akan terus mengesan dan menangkap mereka yang terlibat. -SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button