Nasional

Himpunan Dong Zong bantah Jawi: Jika mahu Malaysia huru-hara teruskan – Tun M

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Malaysia boleh menjadi huru-hara sekiranya Persekutuan Persatuan-persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) menganjurkan perhimpunan membantah pengenalan pengajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular.

De. Mahathir berkata, di negara lain, rakyat akan turun ke jalanan, bergaduh sesama sendiri dan sebagainya kerana tuntutan-tuntutan seperti itu.

“Jika kamu mahu Malaysia jadi seperti itu, teruskan,” kata Dr. Mahathir kepada pemberita ketika ditemui di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, Dong Zong akan  akan berdepan dengan “reaksi” orang Melayu jika meneruskan perhimpunan bantahan Jawi.

Tindakan Dong Zong itu, menurut Dr. Mahathir hanya akan menyebabkan orang Melayu mengadakan kongres mereka pula dan bercakap mengenai penutupan sekolah Cina.

“Anda melakukan perkara seperti itu, anda akan mendapat reaksi (orang Melayu).

“Kita adalah sebuah negara yang berbilang kaum, adalah penting bagi kita untuk mengambil berat tentang perasaan orang lain,” kata Dr. Mahathir.

Surat khabar berbahasa Cina SinChew Daily sebelum ini melaporkan, persidangan anjuran Dong Zong itu dijadual berlangsung pada pada 28 Disember ini.

Pertubuhan itu sebelum ini tidak bersetuju dengan pelajaran pengenalan kepada tulisan Jawi kerana ia bertentangan dengan keputusan Kabinet dan Dokumen Standard Kurikulum Dan Pentaksiran (DSKP).

KPM pada asalnya bercadang memperkenalkan pembelajaran tulisan jawi sebanyak enam muka surat dalam buku teks Bahasa Malaysia tahun empat.

Namun setelah mendapat bantahan daripada pertubuhan berkenaan, ia dikurangkan menjadi tiga muka surat dan bakal dilaksana ‘secara pilihan’.

Bagaimanapun, kerana bangkangan terus disuarakan, akhirnya kabinet memutuskan pengajaran tulisan jawi itu tertakluk kepada persetujuan PIBG di sekolah vernakular.

Sementara itu, Dr. Mahathir berkata, walaupun negara membenarkan kebebasan bersuara tetapi, rakyat juga harus sensitif terhadap bangsa lain yang tinggal di negara ini.

“Jika anda mula membuat serangan terhadap kaum lain atau melanggar Perlembagaan, keputusannya akan menyebabkan huru-hara, ketidakstabilan dan semua orang akan menjadi miskin dan kita akan melihat banyak rakyat Malaysia berhijrah ke negara lain,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button