Nasional

Helpdesk MySejahtera bukan jalan pintas dapatkan vaksin

BUTANG Helpdesk dalam aplikasi MySejahtera bukan jalan pintas untuk orang ramai mendapatkan vaksin Covid-19 dengan segera.

Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) berkata, tindakan menghantar mesej untuk mendapatkan vaksin dengan segera boleh menyebabkan aduan yang mustahak terabai.

“Untuk makluman, terdapat mesej palsu sedang tersebar tentang jalan pintas untuk mendapatkan janji temu.

“Kami menggesa orang ramai untuk tidak ke HelpDesk bagi tujuan ini kerana ia menenggelamkan aduan sahih dihantar orang ramai kepada MySejahtera,” katanya.


Sebelum ini tular di media sosial yang mendakwa terdapat cara mendapat vaksin Covid-19 dengan cepat dengan menggunakan Helpdesk di aplikasi MySejahtera.

Hantaran tersebut mendakwa ada individu yang medapat kelulusan vaksin selepas membuat aduan ke aplikasi berkenaan.

Malah hantaran itu berkongsi langkah dan cara untuk menghantar mesej dan aduan bagi mendapatkan vaksin melalui Helpdesk MySejahtera.

Menurut JKJAV janji temu di MySejahtera akan diberikan secara automatik dan berperingkat kepada rakyat.-SM

(Visited 689 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button