Luar Negara

42 tentera maut pesawat C-130 terhempas di Filipina

SERAMAI 42 anggota tentera Filipina antara 45 orang yang disahkan maut selepas pesawat tentera C-130 Hercules terhempas semelam.

Mejar Jeneral Komander Pasukan Petugas Khas Bersama-Sulu, Mejar Jeneral William Gonzales berkata, penumpang pesawat itu keseluruhan hampir 100 petugas kebanyakannya tentera yang baru menamatkan latihan.

Pesawat C-130 Hercules itu ketika ia cuba mendarat di kepulauan Jolo di Sulu.

Menurutnya, ada anggota yang sempat terjun daripada pesawat sebelum ia terhempas dan meletup.

“Ini adalah hari yang menyedihkan tetapi kita harus tabah. Kami meminta seluruh negara bersama-sama mendoakan mereka yang cedera dan gugur dalam tragedi ini,” kata Gonzales dalam kenyataan.-SM


 

(Visited 59 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button