Nasional

Hebat penangan tahun baharu 2020

KERETA tebang dan tahun 2020 adalah sinonim yang terbina dalam masyarakat lebih 20 tahun.

Masakan tidak, cetusan idea negara maju diilhamkan sendiri oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika menjadi Perdana Menteri ke-4 dahulu.

Wawasan 2020 adalah jangkaan satu anjakan paradigma oleh kerajaan dalam menentukan penanda aras kemajuan Malaysia dan titik perjalanannya bermula pada 1990 sehingga 2020.

Dalam tempoh 30 tahun itu pelbagai matlamat bakal dicapai menerusi sembilan cabaran yang merangkumi aspek ekonomi; sosial dan ketamadunan serta kemajuan teknologi.

Malah, masyarakat ketika itu membayangkan kemakmuran, kesejahteraan ekonomi dan pembangunan teknologi sehingga tercetus sebuah komik menggambarkan negara pada tahun 2020.

Benar, waktu itu tiada siapa pun menafikannya atau menganggap ia suatu yang mustahil untuk dicapai.

Ketika itu, harapan dikuatkan lagi dengan kemajuan ekonomi dan teknologi yang dicapai tahun demi tahun.

Itulah bayang-bayang Wawasan 2020, boleh dikatakan gagal. Malah sesetengah ahli politik pula pernah menyalahkan Perdana Menteri ke-6 sebagai penyebab kepada kegagalan visi tersebut.

Realiti

Justeru apakah realiti yang perlu dihadapi oleh rakyat di negara ini pada tahun baharu?

Pelbagai kemaslahatan masyarakat masih belum dapat diselesaikan termasuklah beberapa isu nasional seperti kes pembunuhan anggota Bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim masih tergantung.

Selain itu, video kelakuan luar tabii antara pemimpin kerajaan masih belum didedahkan walaupun polis berkata identiti pelaku akan diketahui akhir tahun 2019 (semalam).

Sementara ahli perniagaan yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih belum dapat ditahan atau masih belum ditemui.

Dan yang paling kritikal adalah Datuk Seri Najib Tun Razak masih belum ditentukan bersalah oleh Mahkamah Tinggi dan dipenjara.

Bagaimanapun, rakyat juga pasti tertanya-tanya apakah perubahan besar yang akan berlaku pada negara pada tahun ini.

Adakah Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menjadi Perdana Menteri. Bila, bulan Mei atau selepas Persidangan APEC 2020?

Siapa pula akan mengemudi Kerajaan Negeri Sarawak yang bakal menghadapi Pilihan Raya Negeri pada tahun ini.

Adakah penstrukturan semula petrol akan dilaksanakan pada tahun ini selepas kementerian berkaitan mengumumkan penangguhannya.

Atau lebih kritikal, siapa pula akan dibuang kerja pada tahun ini dan siapa orang pertama yang akan bayar cukai digital.

Tahun 2020 sangat hebat diperkatakan rakyat, malah sejak dicetuskan dahulu semua sudah berkira-kira umur mereka bila menjejak ke tahun ini.

Apa kata netizen?

” Tun M, masa pelancaran Wawasan 2020 dulu saya bersekolah Tingkatan 4, ia menjadi tajuk hangat perbincangan dan karangan subjek terutamanya Bahasa Melayu serta ramalan soalan SPM.

“Kini 30 tahun kemudian, tajuk Tahun melawat Malaysia 2020 patut jadi subjek karangan bagi murid murid? Selamat menyambut tahun baru 2020, Tun,” komen David Chit.

“Dahulu Tun M ada simpan warkah di dalam kapsul yang mana akan dibaca kepada umum apabila tibanya tahun 2020,” kata MZaidi Akahar

“Bangun pagi lihat ke langit, tak ada pun kereta terbang,” luah Sachasya Shasya.

“Selamat tahun baharu kepada semua rakyat Malaysia dan juga selamat di kenakan cukai baharu sempena tahun 2020 ini,” seloroh Mohd. Raziff.

“Nilai kebersihan harus dipupuk dalam kalangan warga asing terutama warga Myanmar, Rohingya habis satu apartment diludahnya merata-rata sireh,” luah Shamala Kanaga Sundram. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button