Politik

Hashim Jasin, jadilah seorang ulamak, bukan ularsemak – Ibrahim Ali

PADA 5 Mac baru-baru ini, Presiden parti Putra, Datuk Dr Ibrahim Ali tampil mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk Hashim Jasin berkaitan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianggap oleh Hashim telah silap apabila menyertai parti diketuai Ibrahim atau lebih mesra dengan panggilan Tok Him.

Tok Him menzahirkan reaksi beliau yang sekaligus, memberi tindak balas terhadap kenyataan Hashim.

Meminta SUARA MERDEKA menyiarkan sepenuhnya tulisan beliau, berikut adalah penulisan peribadi Tok Him berhubung isu di atas.

Datuk Hashim Jasin

Saya terkejut dan hampir pengsan bila membaca kenyataan Hashim Jasin, Mursyidul Am Pas (kononnya spritual leader) yang mengatakan Tun Dr Mahathir Mohamad silap menyertai Putra.

Apanya bodoh kenyataan ini, macam orang yang tidak berilmu dan memahami demokrasi serta bersuara tanpa berfikir secara betul.

Pada Hashim Jasin, masuk Pas saja betul walau pun Pas, “Parti Ajaran Sesat”, memimjam kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi Perikatan Nasional (PN).

Mungkin pada Hashim Jasin, seperti kempen Pas sebelum ini, hanya menjadi ahli Pas dan undi Pas sahaja boleh masuk syurga.

Hashim Jasin tidak wajar mempersoalkan ketajaman pemikiran  Tun M sebagai seorang intelektual, berilmu, tokoh pemikir dan sarat dengan pengalaman dalam membuat keputusan politik dan hala tujunya, perjuangannya memilih Putra.

DR. MAHATHIR

Siapa Hashim Jasin ini mahu mempersoalkan keputusan Tun M? Apa pengalaman dan jasanya pada ummah?

Mursyidul Am Pas ini ibarat seperti “burung hantu yang dapat bercakap”. Sekadar retorik dengan kenyataan-kenyataan untuk mempertahankan parti Pas-sama ada betul atau tidak, lain kira.

Majlis Syura Pas tidak mampu menegakkan keadilan untuk Datuk Khairudin Al Katiri. Setiausahanya yang dipecat oleh Jemaah Agung Pas.

Datuk Khairudin Al Katiri

Datuk Khairudin Al Katiri yang kini dilantik sebagai Setiausaha Eksekutif Majlis Ulama UMNO juga untuk politik UMNO yang sudah lumpuh. Tak malukah Tuan Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas?

Majlis Syura Pas ini sekadar seperti “kulit buku” sahaja untuk memperlihatkan Pas ini kononnya Parti Islam. Sebenarnya, Pas ini “Parti Retotik Islam” yang buat lain, cakap lain. Sifat hipokritnya berbakul.

Nasihat saya kepada Tuan Hashim Jasin, hormatlah keputusan Tun M memilih Parti Putra dan sepatutnya mendoakan Tun M diberi kesihatan dan panjang umur untuk terus berjuang demi masa depan orang Melayu dan negara Malaysia tak kira apa parti yang dipilih oleh beliau.

Raikan perbezaan wadah tetapi matlamatnya sama. Barulah dilihat atau dipandang sebagai seorang ulamak dan bukan “ularsemak”, yang waras, berilmu dan berjiwa besar.

Saya mendoa agar minda Tuan Hashim Jasin ini sentiasa pro aktif, berbaik sangka, berhati bersih. Jika tidak saya bimbang, nanti saya, Presiden Putra masuk syurga dulu.. Insya-Allah.

Para ulamak yang hati bersih dan tidak mengejar harta dan jawatan, tidak perlu masuk Pas tetapi boleh berjuang secara bebas kerana politik dan Islam tidak boleh dipisahkan.

Mengguna parti atas nama Islam, itulah yang menyebabkan Islam dicemari kerana tidak tanduk atas nama parti diangap sebagai ajaran Islam walau pun tindakan-tindakan itu tidak semestinya betul di sisi Islam.

Saya kesempatan bertemu dengan Almarhum Peminpin Revolusi Islam Iran, Iman Ayatullah Ruhullah Khomeini pada hujung tahun 1978. Pertemuan 40 kilometer dari kota Paris di rumah suaka politiknya di Perancis yang merupakan markas revolusinya.

Sewaktu saya menemuramahnya, beliau berkata, apabila Revolusi Iran berjaya, beliau akan pulang ke Qom Iran dan menumpukan kepada gerakan dakwah tetapi terus bersuara termasuk politik demi Islam dan masa depan ummah.

Bila Revolusi Islam berjaya beliau menolak desakan untuk dilantik sebagai Presiden Iran. Begitulah mulianya jiwa Iman Khomeini.

Saya satu-satunya rakyat Malaysia dan ketika itu berumur 27 tahun ditentukan dengan izin Allah swt, dapat bertemu secara empat mata dengan Pemimpin Revolusi Iran yang menjatuhkan Shah Iran yang maha berkuasa dengan sokongan Amerima.

Kemudian saya berkunjung ke Iran beberapa tahun kemudiannya untuk bertemu dengan Almarhum Iman Ahmad Khomeini iaitu anak Iman Khomeini yang turut menolak apa-apa jawatan dalam parti atau Kerajaan.

Bacalah buku biografi saya Perjuangan Tanpa Noktah, ada saya menceritakan bagaimana peristiwa saya bertemu dengan Almaruhum Iman Khomeini dan ananya Iman Ahmad Khomeini.

Ia satu sejarah dan nostalgia yang tidak dapat saya lupakan dan saya juga dapat solat berjemaah tiga kali berimankan Iman Khomeini

Hebat mereka ini dan inilah ulamak yang tidak hipokrit atau munafik. Alfatihah untuk pejuang-pejuang Islam yangg tiada tolok bandingannya  ini. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button