Harley FXDR 114 berotot dan bergaya
Harley-Davidson FXDR 114 adalah sebuah model serba baharu dari HD untuk tahun 2019/2020.
Ia seolah-olah kesinambungan daripada model V-Rod yang telah dihentikan pengeluarannya. Sebuah jentera yang “berotot” dengan fokus lebih kepada prestasi.
Diilhamkan daripada motosikal “drag-bike” dengan tayar belakang “gemuk” dan besar, gayanya seperti bersikap enggan mengalah yang boleh membuatkan ego penunggangnya meningkat.
Admin baru-baru ini diberi peluang untuk merasai sendiri motosikal Harley-Davidson FXDR 114 ini dengan melihat prestasi moden tanpa kehilangan watak Harley-Davidson, jadi bagaimana ia melakukannya?Harley-Davidson FXDR 114 dengan enjin Milwaukee Eight V-twin 114 inci padu.
Enjin ini masuk akal dengan motosikal yang berotot dan berorientasikan prestasi seperti ini.Jika dilihat pada rekabentuk dan saiznya, pasti agak gerun.
Bagaimana hendak mengawalnya, sudah pasti besar dan berat!!.Admin pada mulanya rasa gementar juga, biar pun ini bukan pertama kali menunggang jentera Harley-Davidson, malah ada lebih besar dan berat lagi, walaupun saiz badan admin tak sepadan.Berat sahaja 303kg anda rasa bagaimana? Bak kata orang tak cuba tak tahu.Anda akan teruja apabila duduk dan mula bergerak jentera ini, seolah tiada bebanan berat yang kita fikirkan.
Admin telah menguji didalam perjalanan didalam bandar yang terkenal dengan kesesakan dan jalanraya luar bandar, dengan selamat dan boleh dikawal dengan mudah, cuma jika tangan dan kaki anda pendek, ianya agak payah sedikit kerana ia jentera yang panjang!!.Untuk yang meminati gaya gagah dengan jenama HD, ia sesuatu yang berlainan bagi sebuah jenama yang terkenal dengan motosikal cruiser.Peduli apa pandangan dan pendapat orang lain, yang pasti anda menunggang dan memiliki Harley-Davidson
Dengan enjin sebesar 1868cc (113.99 inci padu) Jenis enjin: V2, empat lejang, Milwaukee-Eight 114 Kuasa: 100.0 HP (73.0 kW)) @ 5000 RPM Tork: 160.0 Nm.Sistem Bahan Bakar Elektronik (ESPFI): Jenis transmisi 6-kelajuan, pemacu terakhir: ChainDriveline: Chain, ratio 34/46 Penggunaan bahan bakar: 5.11 liter / 100 km (19.6 km / l atau 46.03 mpg) Sistem ekzos: 2-ke-1.
Berat kering: 289.0 kg (637.1 paun) Berat termasuk minyak, gas, dan lain-lain: 303.0 kg (668.0 paun), korang rasa? Tapi dijamin admin yang halus ini pun boleh layan. Ketinggian tempat duduk: 720 mm (28.3 inci) Panjang keseluruhan: 2425 mm (95.5 inci) .Harley-Davidson FXDR 114 2020, yang dijual pada harga RM116,400, tidak termasuk insurans, cukai jalan dan pendaftaran. pengedar tempatan Didi Resources, yang menguruskan Harley-Davidson PJ di The Gasket Alley.
Artikel asal disiarkan oleh Enjindotcom https://www.enjindot.com/