NasionalNegeri

Haram penggunaan ayat al-Quran dalam tulisan rumi – Mufti Perlis

Penggunaan ayat al-Quran dalam tulisan rumi telah difatwakan di Perlis sebagai haram.

Bagaimanapun masih ada di kalangan umat Islam khususnya di kalangan mereka yang baharu memeluk agama ini atau muallaf masih perlu didedahkan mengenai perkara ini ketika mempelajari fardhu ain.

Berikutan itu Jabatan Mufti Negeri Perlis memperjelaskan berhubung fatwa mengenai ini menerusi program penjelasan dan penyerahan fatwa berkaitan ini di jabatan berkenaan, pada petang semalam.

Beberapa wakil jabatan kerajaan dan juga Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam seperti Liga Muslim Perlis, Hidayah Centre Foundation Perlis dan Perlis Centre of Wisdom (Pusat Dakwah MAIPs) hadir pada majlis ini.

Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin berkata, fatwa ini dibuat pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Peiw Kali Ke-46/2020, pada
25-26 Februari 2020 bersamaan 1-2 Rejab 1441 di Hotel Seri Malaysia, Kangar.

Beliau menegaskan, hukum asal penulisan al-Quran dalam bahasa selain bahasa Arab adalah diharamkan.

Walau bagaimanapun katanya, ia dikecualikan bagi mereka yang amat memerlukan bagi menunaikan fardhu ain seperti saudara baru atau mereka yang tidak dapat membaca al-Quran dalam tulisan yang asal.

“Namun kebenaran tersebut bersyarat di mana tulisan tersebut boleh dibaca dengan sebutan yang betul,” katanya.

Malah katanya dalam fatwa menyebut sama ada melalui guru atau kaedah-kaedah lain, berusahalah untuk membaca al-Quran asal. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button