Hiburan

Haqiem Rusli sah bergelar suami di usia 23 tahun

Dengan dua kali lafaz, penyanyi, Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada  ahli perniagaan, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, kira-kira pukul 3.40 petang.

Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah yang lebih dikenali sebagai Masjid Cyberjaya.

Pasangan yang menjalinkan cinta sejak dua tahun lalu itu dinikahkan Ketua Pegawai Agama Daerah Sepang, Zamzuri Ruslan sambil disaksikan bapa pengantin wanita, Wan Zamzuri Wan Muhammad.

Turut hadir dalam majlis berkenaan ialah keluarga terdekat kedua-dua pasangan.

Haqiem atau nama sebenarnya, Ridzuan Haqiem Rusli, 23, menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300  selain wang hantaran, RM100,000.

Mengenakan busana rekaan, Razman Razmi, Haqiem menyerahkan lima dulang hantaran berbalas jumlah sama oleh pihak pengantin perempuan.

“Saat yang saya tunggu selama ini untuk menghalalkan hubungan kami akhirnya terpateri.

“Selepas mengumumkan berita nak menamatkan zaman bujang beberapa bulan lalu, saya bersyukur kerana keinginan itu tidak hanya direstui keluarga, namun penyokong saya termasuk kelab peminat Qiemilio.

“Biarpun akur, detik bersejarah ini berlangsung di era pandemik COVID-19 yang segala gala serbi terbatas, saya harap fasa baru ini akan dirahmati. Saya berjanji akan menjalankan tanggungjawab ini  sebaik mungkin,” katanya selepas selesai majlis pernikahan.

Berkongsi detik perkenalan, Haqiem berkata, semuanya bermula selepas isterinya ketika itu mencari duta untuk mempromosikan perniagaan restoran miliknya di Setapak.

“Kalau nak tahu restoran Santhai Village yang saya usahakan selama ini bersama dengan dialah (isteri).

“Masa mula-mula itu memang dia tawarkan sebagai duta restoran itu tapi bertukar menjadi rakan kongsi.

“Bermula daripada situ, kami kerap berjumpa dan tak sangka pula akan berkongsi kehidupan pula,” katanya.

Ditanya mengenai soal anak pula, Haqiem berkta dia menyerahkan perkara itu kepada ketentuan Allah dan tidak menolak rezeki jika dikurniakan anak dalam masa terdekat.

Cuma menurutnya, dia kalau boleh mahu membiasakan diri kepada kehidupan berumah tangga dahulu sebelum bergelar seorang bapa.

Dalam pada itu, Haqiem turut melancarkan single terbaharunya berjudul Hitam Putih yang ditujukan khas buat isterinya pada hari ini. – SM

(Visited 425 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button