Politik

Hanya ada pada PN, parti lain ada berani?

IKRAR antirasuah hanya dilakukan oleh calon-calon Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Tidak pada calon-calon atau parti-parti lain yang bertanding di 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, lafaz ikrar dan sumpah antirasuah sebagai pendirian dan bukti kesediaan parti memerangi jenayah rasuah.

Beliau berkata, akujanji antirasuah itu antara lain juga menunjukkan sifat kesetiaan para calon PN kepada rakyat Johor untuk menegakkan inegriti sebagai perjuangan parti.

“Janji antirasuah yang diiktiraf kesemua 56 calon PN merupakan pembeza yang unik bagi PN dan ikrar akujanji antirasuah ini adalah amalam PN yang mendokong prinsip integriti serta menentang rasuah dan tiada ada parti lain yang buat seperti kita.

“Kepada rakyat Johor, ini bukti kesediaan kami untuk memerangi rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan. Ini bukti kesetiaan kami kepada perjuangan menegakkan integriti. ‘Demi Maruah Bangsa Johor’,” katanya dalam catatan di Facebook.

Wan Saiful berkongsi hantaran itu beserta pautan video ringkas berdurasi satu minit 11 saat memaparkan beliau berucap semasa program Ceramah Umum PRN Johor di DUN Parit Yaani, baru-baru ini.

Memetik ucapan video tersebut, beliau berkata, apa yang ditawarkan PN adalah tawaran yang tidak mampu diberikan oleh parti-parti lain dalam PRN termasuk UMNO dan Barisan Nasional (BN). – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button