Nasional

Hanya 3 negeri belum capai separuh populasi dewasa disuntik 2 dos

HANYA tiga negeri belum mencapai separuh populasi dewasannya mendapat dua dos vaksin Covid-19 iaitu Kedah (48.9 peratus), Kelantan (47.7 peratus) dan Sabah (43.3).

Sementara negeri-negeri lain telah mencatatkan lebih separuh orang dewasa lengkap disuntik dua dos vaksin.

Tertinggi Lembah Kelang yang meliputi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya iaitu 95.7 peratus diikuti Labuan (95.2 peratus), Sarawak (87.5 peratus) dan Negeri Sembilan (82.2 peratus).

Perlis (70.4 peratus), Melaka (61.9 peratus), Pulau Pinang (61.0 peratus), Terengganu (54.9 peratus), Pahang (53.6 peratus), Johor (52.6 peratus) dan Kedah (47.7 peratus).

Sehingga semalam sejumlah 20.401 juta penduduk telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin.

Manakala 15.777 juta populasi telah lengkap menerima kedua-dua dos vaksin Covid-19.-SM

(Visited 168 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button