BeritaPendidikan

Raja Muda Perlis berkenan rasmi NCTS 2021

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima undangan daripada Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis untuk merasmikan ‘National Conference on TVET Undergraduate Students (NCTS 2021)’ yang akan diadakan secara webinar pada selasa 14 September 2021 yang akan datang nanti.

Tahun ini buat julung kalinya, NCTS direncana dan dilancarkan sebagai satu wadah khas kepada mahasiswa Politeknik dan Kolej Komuniti secara maya untuk membentangkan hasil penyelidikan masing-masing dalam bidang TVET.

Titah Tuanku Raja Muda,
‘Pelaksanaan persidangan seperti ini amat bertepatan dengan konsep Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) ketika kini yang memerlukan pelajar belajar secara kendiri dan tidak hanya menerima ilmu semata-mata, bahkan berperanan sebagai penghasil ilmu bersama.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur iaitu Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) Kementerian Pengajian Tinggi melalui Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin (PTSS) Perlis serta semua para pembentang yang menghantar manuskrip kajian masing-masing ke NCTS dan berharap semoga pembentangan masing-masing berjalan dalam suasana kritis dan harmoni.

(Visited 348 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button